And the story continued…
It’s about time aku start blogging balik. Da lame da aku tinggal. Last blog kat mane eh? Hmm..dekat friendsternye kot. Okay, so here I am, dalam rumah, depan leptop, eager to start a new blog. Skarang tengah cuti. 2 bulan. sangat sangat best. began my first week of holiday, lepak dekat rumah. buat bodo. makan. tido. dan aku berjaya tambah berat. yeay~ tapi maseh kurus. haha.
konon nak study balik network analysis. aku rase macam aku akan fail je paper ari tu. da la susah. semua macam sial je soalan. oops. sorry for the harsh word, can’t stand it la. keluar keluar exam hall, semua pakat memaki hamun. haha. ada yang nak bakar question paper lagi tu. kesian question paper tu. tak bersalah pun. so, back to angan angan mat jenin aku yang nak study NA dekat rumah tu, the reality is, macam hampeh, haha. duduk rumah, main game je kerjanya. ps2 aku tu da 25 jam on. haha. naseb elok lagi. da 6 tahun tu.
so, on the second week, aku lepak rumah ayah aku dekat subang jaya. shopping. tengok wayang macam orang tak penah tengok wayang je. makan. tu mesti. jalan jalan. time tu besday adek aku, so, kami jalan jalan, round round kat sane. maklumla, aku ni orang kampung. mane penah round round kl ni. haha.
so, here i am, da sebulan da pon cuti. hari ni raye. tapi macam bukan raye je. sorang pon tak datang. taula raye haji, tapi raye jugak kan? kalau dekat kelantan, terengganu, bukan main lagi meriah sambutan hari raye haji. sini, hanya Allah saja yang tau betapa sunyinya kampung aku. bayangkan. dah la sepupu sepapat tak balik. bebudak kampung pon takde nak melawat rumah aku. haha. tapi ok gak. balik balik semayang, terus tido sampai zohor. penat. semalam melemang. pagi tu kemas rumah. giler r. petang tu kami sekeluarga menziarah rumah mak long aku. da lame tak jumpe beliau. hoho.
anyway, cuti aku kali ni macam cuti cuti lepas. boring. walaupun dekat rumah. takde member sangat kat tempat aku. aku bukan la nak berlagak, tapi, aku memang tak kawan dengan bebudak kampung. sejak kecik lagi, mak aku tak berapa bagi sangat. petang petang aku tengok bebudak kampung meronggeng. berpacaran. padehal sekolah pun tak habis lagi. ade sorang member aku ni lagila, da nak bertunang krismas ni. wawawa. cepat betul. bak pepatah orang perak, makan sembe tak pon, makan pasior. kerja ikot dan. belajar tak habes. dah menggatal. gatal merenyam. haha. no offense tapi, bukan zaman kite la nak kawen kawen awal ni. takde lak orang jepun nak paksa paksa kite yang belum kawen ni pergi buat landasan keretapi maut di Burma nun. ataupun, pilihan keluarga? kamonla, very kolot. kawen awal? puh-leez. there’s more to life than married early la. tapi kalau dah tak tahan sangat, sile sile la kawen. tak kawen kang, lain lak jadinye. hehe. so, sambung balik pasal bebudak kampung ni. ade yang main main dengan daun ketum la, curi getah orang, kurang ajar dengan orang lain, kuat kutuk, kuat kondem, dressing kalah artis, sexy bukan main dan macam macam lagi. aku bukan la nak cakap yang aku ni baik sangat, tapi selepas aku da bermuhasabah diri, aku tak pernah lagi buat bende bende macam tu. so, aku tataw la bebudak kampung lain macam mane.
well, my story ends here. hehe. kang cerita cerita, makin melalut lak.
current mission: habiskan tony hawk provin ground, nfs prostreet, sims 2 castaway. habiskan semua projek photoshop. nanti da balik kampus, takde mase.







Leave a Reply